Monday 2 December 2013

✪ Perbezaan StemCell Dewasa, StemCell Embrio Dan StemCell Epal.




Perbezaan Stemcell dewasa stemcell embrio dan stemcell epal. 

Siapakah yang pertama kali mendapati bahawa sel stem tumbuhan boleh digunakan untuk menggiatkan sel stem kulit? Mibelle Biochemistry scientists, led by Dr  Fred Züll  telah membuat kajian dan berjumpa dengan stemcell epal ini.

Di manakah datangnya sel stem dalam PhytoCellTec™ Malus Domestica?, Stem sel epal ini datang setelah bahan aktif  yang diekstrak daripada hanya 2 hingga 3 epal Spätlauber Uttwiler di perolehi. Semua sel stem tumbuhan  PhytoCellTec™ Malus Domestica yang seterusnya akan dipupuk dari sel-sel asal

Sel stem manusia dewasa ialah satu sel tidak matang di antara sel-sel yang telah berubah di dalam satu tisu atau organ. Ia boleh memperbaharui dirinya, dan dapat berubah untuk menghasilkan jenis-jenis sel tisu atau organ yang khusus. Peranan utama sel stem dewasa ini di dalam organisma hidup adalah untuk mengekalkan dan memperbaiki tisu-tisu tempat mereka berada. Sebahagian saintis menggunakan istilah sel stem somatik (somatic stem cell).

Sel stem embrio pula adalah sel-sel stem yang diambil dari embrio-embrio yang terbentuk dari telur-telur yang telah disenyawakan di luar rahim (in vitro), di klinik-klinik persenyawaan luar rahim dan kesuburan wanita, dan kemudian didermakan untuk tujuan penyelidikan dengan mendapat keizinan dari penderma. Ia tidak diambil dari telur-telur yang disenyawakan di dalam rahim wanita. Embrio-embrio yang diambil sel stemnya, adalah yang berusia empat atau lima hari dan ia berbentuk seperti sebiji bola bersaiz mikroskopik yang berlubang di tengahnya.

No comments:

Post a Comment